Selamat

Datang

ke

Klinik Pergigian

Uni Dental Chabang Tiga

dan

Klinik Pergigian

Dr Me Kampung Laut

pilihan segenap lapisan masyarakat di Kuala Terengganu

Ibu Pejabat – unidental chabang tiga
Cawangan – Dr me kampung laut

Kami mempunyai pengalaman sudah hampir 4 tahun dalam menyediakan rawatan pergigian kepada masyarakat sekitar Kuala Terengganu.

Rawatan pergigian yang dilakukan oleh doktor kami dilakukan dengan penuh lemah lembut dan kurang menyakitkan. Misi kami adalah untuk memberikan rawatan pergigian dengan kualiti yang terbaik untuk anda.

Kami beroperasi dari hari Sabtu hingga Khamis dan tutup pada hari Jumaat serta beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Anda ada masalah gigi? Hubungi kami sekarang.

Ringkasan Penubuhan

Selamat datang ke Klinik Pergigian Uni Dental Chabang Tiga dan Klinik Pergigian Dr Me Kampung Laut, di mana kedua-dua klinik pergigian ini terletak di Kuala Terengganu. Sejak pembukaan kami pada Mac dan Oktober 2021, Klinik Pergigian Uni Dental Chabang Tiga dan Klinik Pergigian Dr Me Kampung Laut telah memberikan kualiti rawatan terbaik dengan harga yang berpatutan.

Misi kami bukan hanya sekadar menyediakan rawatan pergigian, tetapi kami juga berdedikasi untuk mendidik komuniti setempat tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan gigi serta kebersihan mulut.

Di Klinik Pergigian Uni Dental Chabang Tiga dan Klinik Pergigian Dr Me Kampung Laut, kami menggunakan produk dan bahan yang berkualiti tinggi untuk semua rawatan pergigian. Klinik pergigian kami juga direka khas untuk menenangkan anda dan memberikan keselesaan serta kegembiraan dari saat anda melangkah masuk di pintu klinik kami sehingga selesai rawatan.

Tambahan pula, kami juga menyediakan ruang khusus dan tandas yang boleh diakses kerusi roda bagi memudahkan lagi pergerakan pesakit yang kurang berupaya.

MISI dan visi

1) Memastikan kepuasan pesakit terjamin dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi
2) Menjadikan kualiti sebagai falsafah
3) Membangunkan sumber manusia yang profesional untuk menyediakan servis yang berkualiti
4) Mengamalkan nilai sopan, berintegriti serta amanah

photo_2024-11-11_18-00-53
photo_2024-11-11_19-32-45

tentang kami

hubungi kami

UNI DENTAL CHABANG 3
09-6263778
011-20613776
unichabangtiga@gmail.com

waktu operasi

Sabtu-Khamis : 9 Pagi – 10 Malam

Jumaat : Tutup

hubungi kami

KP DR ME KG LAUT
09-6261009
011-56531060
kpdrmikampunglaut@gmail.com

waktu operasi

Sabtu-Khamis : 9 Pagi – 10 Malam

Jumaat : Tutup

Rawatan Pergigian yang disediakan

scaling

polishing

filling

extraction

whitening

fibre reinforced composite

crown and bridge

flexible denture

braces

Minor oral surgery

veneer

post and core

xray

Implant

sapuan florida

icon treatment

rawatan gigi kanak kanak

Gambar dan video Rawatan pesakit

Sebelum Dan Selepas

kenali DOKTOR KAMI

Dr Mohd Hilmi Bin Ahmad

Selepas menamatkan pengajian dari Al Azhar University, Cairo pada 2015, Dr Hilmi berkhidmat di sektor kerajaan selama 5 tahun. Dr Hilmi sentiasa mengutamakan kepuasan dan kegembiraan para pesakitnya dan disebabkan itu, ramai pesakit gembira dan memberi review 5 bintang atas rawatan pergigian yang telah diterima.

Dr Hilmi juga gemar menghadiri kursus pergigian untuk memperbaharui pengetahuan dan mempelajari teknik pergigian yang baru. Setiap pesakit ada cerita dan masalah gigi masing-masing dan Dr Hilmi akan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah mereka.

Di Klinik Pergigian Uni Dental Chabang Tiga dan Klinik Pergigian Dr Me Kampung Laut, Dr Hilmi akan menggunakan peralatan dan bahan pergigian berkualiti tinggi untuk memberikan kesan yang efektif dan berpanjangan. Dr Hilmi sangat suka membantu orang ramai mendapatkan kembali senyuman asal dan mengembalikan keyakinan yang tinggi dalam diri mereka.

UNI DENTAL CHABANG 3

Salam SallehSalam Salleh
08:20 10 Nov 24
The best service
hasanah ismailhasanah ismail
10:59 26 Oct 24
Che SyakirahChe Syakirah
06:40 17 Oct 24
First time coming....very nice with friendly staff that made me less nervous...very best
Aien FarahinAien Farahin
11:53 15 Oct 24
Friendly doctor, clean clinic. InsyaAllah, let's bring the kids
js_loader

KP DR ME KG LAUT

Muhammad SyafaridzuanMuhammad Syafaridzuan
04:09 07 Nov 24
best service 👍🏿
The best.
Che Muhd AlifChe Muhd Alif
07:55 14 Oct 24
Good service 👍
Wn IzhWn Izh
04:05 08 Oct 24
It's fun scaling and polishing at this clinic, I don't feel much pain and the service is really good 🤗🤗 after this you can repeat for other treatments here.. It's a comfortable place😆
js_loader

Lokasi Kami

UNI DENTAL CHABANG 3

KP DR ME KG LAUT

KAMI AKAN BANTU SELESAIKAN SEMUA MASALAH GIGI ANDA

Kami sentiasa memberikan rawatan pergigian yang berkualiti kepada masyarakat di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya ataupun pesakit yang datang berlainan daerah mahupun luar dari Terengganu.

– Buka setiap hari kecuali hari Jumaat dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam.
– Menyediakan pemeriksaan percuma berkaitan kesihatan gigi dan gusi sahaja kepada semua pesakit kami.
– Menyediakan program khas bagi rawatan bulanan braces.
– Memberi diskaun bulanan yang berpatutan bagi rawatan asas seperti tampalan, cabutan dan cuci gigi.
– Memberi kupon dan baucer kepada pesakit yang memberi maklum balas kepada rawatan yang diterima dalam Google Maps.
– Harga istimewa untuk golongan pelajar dan warga emas.

KENAPA MEMILIH KAMI??

Rawatan mampu milik dan holistik
Kami menawarkan rawatan pergigian untuk segala jenis masalah gigi atau gusi dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Strategik dan beroperasi sehingga malam
Kami berada di bandar Kuala Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat serta beroperasi sehingga malam. Ianya memudahkan lagi anda untuk datang selepas waktu bekerja.

Klinik mesra pelanggan
Kami melayan pelanggan dengan penuh sopan serta menyediakan bahan bacaan untuk anda supaya dapat mengisi masa dengan perkara yang berfaedah sementara menunggu giliran untuk rawatan.

Berpengalaman luas dalam pelbagai jenis rawatan pergigian
Klinik kami sesuai untuk merawat seisi keluarga anda dan mampu merawat segala jenis masalah gigi bermula dari warga emas, dewasa hinggalah kepada kanak-kanak.

UNI DENTAL CHABANG 3
Tel: 09-6263778
Whatsapp: 011-20613776
unichabangtiga@gmail.com

KP DR ME KG LAUT
Tel:09-6261009
Whatsapp:011-56531060
kpdrmikampunglaut@gmail.com